minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MGG0301

Berjaya Tan perlu  menerangkan  masalah pinjaman syarikat

(Malays's Berjaya Tan  to Clear Air Over Loans) 
Oleh Wong Choon Mei

Kuala Lumpur, Nov 30 (Reuters) -  Taikun Malaysia  Vincent Tan daripada Kumpulan Berjaya dijangka akan bersua dengan  para analis kewangan  pada hari  Jumaat untuk memberi penjelasan terhadap  pinjaman yang penuh kontroversi  yang membuatkan para pelabur marah dan mencetuskan penderaan terhadap hak pemegang minoriti saham syarikat itu.

Berjaya  mempunyai perniagaan yang menyeluruhi  bidang perjudian hingga hartanah dan juga perhotelan.

Pertemuan Tan itu   bertujuan meredakan keadaan dan membuat penjelasan bagaimana dia mahu membayar  balik hutang bertapuk yang tertangguh kepada  syarikat perjudian kumpulan itu.

"Kita mahu tahu bagaimana mereka  akan melunaskan hutang itu dan  melegakan para pemegang saham syarikat," kata Nigel Foo daripada TA Securities.

Berjaya memegang 52% saham Berjaya Sports Toto. Harga saham merudum minggu yang lalu sebaik sahaja diumumkan kegagalan  syarikat induk melunaskan hutang yang bertapuk itu, sehingga menjejaskan  jadual pembayaran kepada BToto.

Toto telah mengeluarkan pinjaman sebanyak  RM900 juta kepada beberapa syarikat dan sebahagian besarnya telah disalurkan kepada syarikat induknya, Berjaya.

Pada minggu yang lalu, Berjaya mengumumkan bahawa disebabkan keadaan  pasaran yang tidak selesa,  ia terpaksa  membatalkan  pengeluaran 'hak' (share rights) yang mungkin memberi kemasukan modal tambahan sebanyak  685 juta ringgit (USD 181 juta) untuk melunaskan hutang tersebut.

Nilai saham Toto menjunam ke tahap rendah  4.08 ringgit se saham yang merupakan harga terendah pada  24 bulan dulu, dengan keluarnya kenyataan itu. Namun, harga naik semula selepas itu. Harga berada pada paras  4.46 pada GMT 0308 Khamis dulu. Ini bererti ia sudah menjunam begitu jauh ke bawah  berbanding harga memuncak pada tahun 2000 di tahap 11.60 sen.

Saham Berjaya tidak pula dihenyak begitu teruk  sejak ia menjunam pada  awal September dulu  di mana ia jatuh pada tahap 0.50 sen.  Harga semasa masih tidak berubah pada tahap 39.5 sen.

Disebabkan sarat dengan hutang bank  yang bernilai antara 5 hingga 6 bilion, Berjaya tidak punya pilihan, selain   mendapatkan  bantuan Toto untuk terus menyokongnya. Inilah yang membuatkan pemegang saham naik  tidak puas hati.

Menyelaraskan Hutang Antara Syarikat

"Proses itu memang tidak bersalahan, tetapi ia tidak sihat. Ia mencetuskan risiko kepada peminjam dan  merupakan satu  penderaan kepada  pelabur kecilan." Demikian pendapat seorang analis daripada KAF Seagrott and Campbell, Mak Hoy Kit.

Dia berkata orang tertarik kepada Toto  kerana keupayaan mengumpulkan dana segar daripada aktiviti perjudian. "Syarikat itu tidak mempunyai hutang jangka panjang, tetapi kini ia mengalami  risiko si pemiutang gagal melunaskan hutangnya. Sedangkan si pemiutang itu adalah syarikat induknya," kata Mak lagi.

Para analis berpendapat, mereka hanya akan memberikan komen setelah mendengar penjelasan Vincent Tan. Mereka menjangkakan Tan mencadangkan satu jadual pembayaran. Ataupun beliau mengeluarkan satu cadangan pertukaran saham.

Untuk meredakan keadaan, Berjaya  mengumumkan  pembayaran hutang  sepenuhnya dalam bentuk tunai dan ini diikuti pula dengan cadangan pengeluaran  hak saham pada September lalu. Berjaya bertegas bahawa  pinjaman itu adalah satu  strategi menguatkan keadaan kewangan dan mendapatkan pulangan  secara memaksimakan  dana berlebihan.  Tetapi, para analis berpendapat anak syarikat harus bergerak bebas dan mampu membuat pilihan  jenis pelaburan yang baik dengan menggunakan dana sendiri dan tidak bergantung kepada kerenah syarikat induk. Seorang analis  daripada syarikat broker  luar negara telah berkata: "Saya tidak mahu mengungkit cara  pentadbiran korporat, tetapi apa yang berlaku adalah satu contoh bagaimana penguatkuasaan pasaran yang lemah dan bagaimana kepentingan  pemegang minoriti sengaja diperlekehkan. "

-Wong Choon Mei-

Terjemahan MT

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter